Tuesday, 8 November 2011

SIGNS OF MALE LOVE

Apabila seorang lelaki benar-2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-2 menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki  ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

 Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang berdamping denganmu sekadar suka-2 atau untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa berunutngnya kamu..

 Selain itu,jika teman lelaki mu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang mana untuk dikenang.Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan diantara kamu.

 Jika sudah sayang macam-2 akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.

 Manusia tidak ada yang sempurna, samalah juga teman lelakimu, tak lari dari buat kesilapan dan kadang-2  buat kamu kecik hati tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia berilah masa untuk dia berubah, nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk kebaikan kamu, itu satu perkara yang baik janganlah kamu cari pengganti dia semata-mata kamu kecik hati dengan kesalahan dia dan kamu pasti ke pengganti kamu tuh dapat bahagiakan kamu. Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti. :)

No comments:

Post a Comment